Sunday, December 7, 2008

Mengundi Dalam Islam - Satu Baiah Yang Wajib

(Muhammad Nuruddin Bashah)

Pendahuluan.
Menjelang pilihanraya, kedengaran terlalu banyak suara-suara yang mulai muncul setiap 5 tahun iaitu berkenaan hukum mengundi. Lebih malang sekali apabila ada segelintir pendakwah yang menjual beberapa ayat Al Quran yang menyatakan bahawa HARAM melantik golongan bukan Islam sebagai pemimpin dalam dewan Rakyat mahpun Dewan Undangan Negeri atas beberapa nas yang sahih kata mereka.

Kehebatan dan kejayaan agenda sekularis barat ialah mereka melatih dan mendidik segelintir masyarakat yang rakus berpolitik, berpaksikan asobiyyah dan nepotisme, mereka meratah hasil kekayaan di muka bumi tanahair yang dikongsi juga oleh masyarakat lain. Mereka bebas berpolitik dan rakyat menjadi seumpama `redha' dan hanya menerima kerosakan yang ada lantaran menyatakan ianya bukan urusan rakyat jelata.

Kelompok kedua yang dilatih oleh barat di bumi tinggalan penjajahan mereka ialah golongan ulama' yang tegar dengan normatif dalil Al Quran dan Hadis dan hanya mentafsir dalildalil ini hanya dalam ruang lingkup ilmiah dan hanya bernilai persejarahan semata-mata. Mereka berdakwah kononnya negara ini bukan negara diperintah ala khulafa' al rasyidin, maka jika diiltizami sistem pilihanraya dan sistem demokrasi kenegaraan, ianya bukan urusan agama. Inilah ulama' `sekular' yang alim lagi berdedikasi mendidik masyarakat yang bebal dengan `hak' mereka sendiri. Golongan jabariyyah akhirnya muncul apabila mereka berkata;

"Kalau setakat aku tak mengundi, apalah sangat yang akan mengubah keadaan politik? Bukan boleh buat masyarakat muslim pun kalau hanya dnegan mengundi dan hanya dengan wujud satu undi sahaja. Lebih baik, aku berdakwah, berbengkel dan berseminar sahaja kerana ia baru `turun ke akar umbi'. "

"Aku tak beriman dengan sistem demokrasi, jadi aku tak akan mengundi. Apa jadi pun, golongan mana memerintah sekalipun, itu bukan urusan aku, zaman sekarang memang zaman kerosakan umat. Cukup aku menjaga iman aku dan anak isteri semata-mata."

Ini hanya sekelumit hujah-hujah jabariyyah akhir zaman yang juga wujud di bumi Malaysia bermentaliti kelas pertama ini. Cukup dangkal dan menyedihkan.

Bolehkah kita mencalonkan diri untuk pilihanraya?

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah bersabda;

"Sesungguhnya kami tidak melantik bagi menangani urusan ini sesiapa yang memintanya ataupun berusaha memperolehinya" .

Prof Al Qaradhawi pernah memberi komentar berhubung masalah pencalonan wakil rakyat. Beliau berpendapat ianya bukan bermakna kita gilakan jawatan tertentu, sebaliknya wakil rakyat adalah hanya sebagai perwakilan daerahnya yang mana mereka berhak menjadi `check and balance' kepada pemerintah (Al Imarah). Mereka berhak menasihati gabenor atau menteri sekiranya berlaku kezaliman dan pemborosan. Mereka bukan termasuk dalam maksud hadis ini kerana mereka bukan meminta dicalonkan menjadi menteri. Sistem wakil rakyat adalah sistem
al a'fw yang dimaafkan dan bukannya disabitkan dengan sistem Al Imarah secara langsung. Mereka bertindak sebagai wakil suara rakyat. Jadi jelas memohon dan mencalon diri untuk pilihanraya adalah syari'y.

Hukum mengundi calon bukan Islam yang membantu golongan Islam atas dasar kebajikan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali* dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. dan Hanya kepada Allah kembali (mu)." ( ali Imran: 28)

* Wali jamaknya auliyaa: berarti teman yang akrab, juga berarti
pemimpin, pelindung atau penolong.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali * dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" ( An Nisa': 144)

* wali jamaknya auliyaa: bererti teman yang akrab, juga bererti
pelindung atau penolong.

"Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,
(yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." ( An Nisa' : 138-139)

"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya."( Al Mujadalah: 22)

Perkataan 'wali' di dalam ayat-ayat di atas merujuk kepada penolong atau pemimpin yang membantu kita. Secara umumnya umat Islam dilarang memilih golongan bukan Islam yang memusuhi agama Islam. Hal ini kerana, sistem syariah Islam memiliki 5 maqasid (objektif) yang perlu dijagai;

Menjaga agama
Menjaga nyawa
Menjaga akal
Menjaga maruah
Menjaga harta benda.

Jika jelas golongan non-muslim itu menentang legitimasi sistem syariah, maka mereka perlu ditentang dan haram disokong. Berbeza hari ini, terdapat juga golongan sekular yang melabelkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi yang juga memusuhi sistem syariah Islam. Walaupun mereka muslim hakikatnya mereka kufur dengan ayat-ayat Allah. Mereka juga haram disokong. Jika ada non-muslim yang sanggup berganding bahu menolong membawa kebajikan, tidak memusuhi sistem Islam, dalam masa yang sama kita menghormati agama mereka, dipersilakan melantik atau menyokong mereka dalam pilihanraya. Islam melarang kita berkasih-kasihan dengan golongan yang menentang sistem Islam. Pada zaman Rasulullah musuh Islam adalah munafiq ( golongan liberal/sekular hari ini) dan golongan Yahudi yang mana mereka adalah non-muslim yang memusuhi Islam. Adakah masyarakat Cina dan India di Malaysia memusuhi Islam seperti yahudi Khuzaah, Khaibar dan lain-lain? Jawapannya tidak.

Apa pendapat imam-imam besar tentang kepekaan masyarakat dengan pemerintahan?

Berkata Imam Ibnu Taimiyah dalam As-Siasah Syari'yyah[1] ,
"Wajib diketahui bahawa wilayah Al Nas (penguasaan politik) adalah antara kewajipan agama yang besar dan tidak mungkin agama dapat ditegakkan kecuali setelah tertegaknya ( penguasaan siasah/politik) ".

"Wajib memilih kepimpinan yang berteraskan agama dan dengan kepimpinannya ia akan hampir kepada Allah, menghampirkan diri kepada Allah dengan kepimpinan ialah taat dan patuh kepadaNYa dan rasul utusanNya manakala yag merosakkan kepimpinan ialah manusia mencari
JAWATAN dan kekayaan dengan kuasa yang berada ditangannya" .

"Politik dan kuasa adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah, jika sekiranya kuasa dipisahkan daripada agama atau agama dipisahkan daripada kuasa maka akan rosaklah sistem hidup manusia".

Ibnu Khaldun ( ulama' sirah, antropologi Islam) berkata,
"Adalah menjadi kewajipan bagi Allah untuk menentukan perjalanan politik (siasah) berdasarkan agama di dunia dan di akhirat kerana tujuan hidup manusia bukan di dunia semata-mata" . Beliau juga memberi makna Al Khalifah yang menjadi rujukan ulama' dengan kata ganti "Tuan Syariah" iaitu yang menjaga agama dan mengurus dunia dengannya. Kata ganti ini semakna dengan takrifan Imam Al Mawardi iaitu 'li hirosatud din' ( politik untuk menjaga agama)

Berdasarkan kata-kata sebahagia ulama' diatas, saya dapat mebuat sedikit kesimpulan bahawa POLITIK adalah untuk menjaga agama. POLITIK bukan sekadar kepartian yang diasaskan oleh barat. POLITIK bukan sekadar lambang keris, bulan bintang dan lambang roket. Itu hanya sekelumit daripada metodologi politik. Politik ialah alat untuk SYARIAH dinobatkan. Limpahan idea sekular telah membawa impak negatif kepada konotasi politik sehingga ada segelintir 'ahli amal islami' yang faham Islam dan perjuangan, mengambil sikap ANTI MENGUNDI dengan hujah ianya politik kotor. Inilah salah satu sikap SEKULAR !!!!!! yang bertopengkan gerakan sosial Islam, atau nama-nama Islam yang indah.

Keadilan WAJIB pada semua, politik Islam adalah medium terbaik !!

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." ( Al Maidah: 8)

Allah memberi jaminan bahawa Islam adalah agama yang diiktiraf oleh-Nya. Keadilan kepada semua kaum adalah bergantung kepada wujudnya kuasa POLITIK ISLAM. Jika melaksanakan keadilan kepada kaum lain adalah WAJIB, maka berjuang untuk wujudnya politik Islam adalah WAJIB.

Mengundi Itu BAIAH yang WAJIB

Di sini tidak perlu saya huraikan sistem baiah dalam Islam kerana dalam beberapa risalah penulisan dan kertas kerja siasah saya, telah dihuraikan secara panjang lebar berkenaan institusi baiah yang wujud dalam kaedah pilihanraya negara ini. Akan tetapi sedarkah kita perkara al Imarah dan Al Imamah dan pemilihannya adalah tanggungjawab setiap insan yang mengaku syahadah kepada Allah dan RasulNya? Tahukah mereka bahawa betapa resahnya Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar tentang perwarisan kepimpinan Nabi selepas kewafatan baginda walaupun jasad belum dikebumikan lagi? Sedarkah mereka betapa dilemanya Muhajirin dan Ansar memutuskan pengganti Nabi lantaran masing masing takut dengan amanah kepimpinan walaupun tahu akan kewajipan memikir tentangnya?

Imam Mawardi berkata golongan yang tidak ada cakna dan peka dengan urusan al Imamah (kepimpinan sosial) adalah faudha' iaitu jahil dan sesat sesesatnya. Inilah golongan jabariyyah moden yang bertopengkan pakaian ulama' dan pakaian pendakwah yang moderat. Sungguh simplistik dan sekularnya idea sesetengah pihak yang enggan merasai keresahan sahabat ridhwanullah berkenaan apa yang berlaku pada hari ini. Enggan cakna dan peka dengan suasana fasad yang mencengkam negara ini dan berusaha merungkaikannya melalui pelbagai kaedah dan antara kaedah utama ialah melalui usaha politik.

Tahukah anda, walaupun kita meyakini calon pro keadilan dan pro syariah itu tidak akan menang dalam pilihanraya itu, kita tetap memiliki obligasi WAJIB untuk memberi baiah dan janji setia kepada al Imamah bercorak Islam walaupun hanya dengan satu undi yang tidak membawa kemenangan. Sedarkah kita konsep al falah ( kejayaan dalam Islam). Golongan faaiizun (yang menang) di akhirat adakalanya tidak menang di dunia. Mereka kalah dan terseksa di dunia. Dunia adalah penjara bagi mereka ( ad dunya sijnun a'la mu'min). Selemah-lemah iman kita dan keengganan kita kepada sekular, kezaliman dan penindasan adalah melalui baiah/undi yang kita beri. Ianya adalah syahadah kepada iman kita di akhirat.

Memberi baiah kepada politik Islam dan yang bertahaluf dengannya (bekerjasama dengan golongan Islam) adalah wajib dan bukan bererti kita diseru menyertai gerakan dan parti politik itu. Inilah salah konsep dan salah seru dikalangan pendakwah kita juga. Menyuruh berpolitik, diserunya kewajipan menyertai PAS atau KEADILAN. Kepada masyarakat umum, mereka wajib mengundi dan undi perlu diberikan kepada yang anti sekular, anti kezaliman, anti pemborosan dan anti korupsi. Ia bukan seruan untuk mengisi borang parti politik. Inilah hakikat Baiah Islam. Serulah rakan kalian untuk mengundi. Kerana undi itu athar ( tanda) adanya iman anda kepada sistem syariah yang syumul.

Penutup.

Apalah sangat usaha anda balik ke kampung untuk berbaiah berbanding dengan kesusahan anda di akhirat kelak apabila dipersoalkan berkenaan iman kita terhadap kesyumulan sistem Islam. Kita redha dengan kezaliman pemerintah dengan sikap mutaqaidun (berpeluk tubuh) kita. Sistem siasah Islam adalah sebahagian sistem syumulnya Islam. Dalam banyak buku buku Al Qaradhawi, Al Maududi, Mustafa Masyhur dan ramai lagi telah meletakkan bahawa POLITIK ISLAM ( siasah syariyyah) adalah sistem yang berasal dari tauhid uluhiyyah dan mulukiyyah kita kepada Allah. Lantaran itu Syed Qutb memberi amaran kepada individu yang anti siasah Islam sebagai golongan yang ingin mencabar tauhid Hakimiyyah Allah. Jauhkan diri kita dari termasuk di kalangan golongan ini.

[1] Imam Ibnu Taimiyyah, As Siasah Syariyyah Fi Islah Ar Rai' Wal
Ra'iyyah, 1978

Friday, November 28, 2008

Program Berkhatan Bersama Skuad Waja Berjaya

(Biro IT)

Kuala Terengganu, 28 Nov (Jumaat) - Alhamdulillah, program berkhatan yang julung-julung kali diadakan oleh Skuad Waja Kuala Terengganu telah berjaya diadakan hari ini di perkarangan Masjid Pengadang Baru. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Papisma Terengganu itu telah berjaya mengkhatankan seramai 53 kanak-kanak di sekitar daerah ini. Program yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu telah disertai oleh 7 team tenaga pengkhatan dari Papisma Terengganu. Program sebelah pagi telah berakhir pada pukul 12.15 tengahari. Oleh kerana terdapat beberapa ibubapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka pada sebelah petang, maka program disambung semula pada pukul 2.15 petang selepas solat Jumaat dan berakhir kira-kira pukul 4 petang.

Antara tenaga Skuad Waja yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut ialah Pengerusi Skuad Waja sendiri, Ust. Al-Ghazali dan Bendaharinya, Sdr. Zaidan. Meskipun baru pertama kali menganjurkan program seumpama ini, namun mereka telah berjaya mengatur perjalanan program sehingga program bejalan dengan lancar dan tersusun. Tenaga Papisma Terengganu telah diwakili oleh Pengerusinya Dr. Roslan, Dr. Ahmad Faizal, Dr. Md. Arif, Dr. Rosli, Dr. Azmi dan selebihnya adalah Medical Assisstant (MA).

Dr. Roslan ketika ditemui mengucapkan rasa syukur di atas kejayaan program tersebut. Mudah-mudahan kerjasama yang positif akan terus diadakan pada masa-masa akan datang untuk kebaikan bersama.

Wednesday, November 26, 2008

MENGERJAKAN IBADAH KORBAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

(Dari Emel)

Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Adha telah hampir tiba. Perkara yang sangat penting dalam hariraya ini adalah ibadat korban. Rata-rata rakyat Malaysia memang biasa dengan ibadat korban ini. Namun apabila diperhatikan, ramai yang tidak tahu tentang hukum dan amalan Rasulullah SAW. Sekiranya perkara ini diabaikan, sudah tentu ibadat mereka tidak diterima oleh Allah. Oleh itu marilah kita meneliti dan menghayati apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam hal ibadat ini agar amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Berikut adalah artikel yang baik untuk dijadikan bahan bacaan dan panduan.


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

"Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban." – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:
- Surah al-Mulk: 2.

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ
Maksudnya:
"Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:


كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ
Maksudnya:
"Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan." – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى
Maksudnya:
"Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Maksudnya:
"Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

"Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain." – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

"Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

Maksudnya:
"Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.

5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ
Maksudnya:
"Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

Sebagaimana yang telah kita maklum solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada solat 1000 kali di masjid lain selain Masjidil Haram. Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah s.a.w. tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla. Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

"Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa' al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya."
Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بِالْمُصَلَّى

Maksudnya:
"Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:

فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا
Maksudnya:
"Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu)." - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika melaksnakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha. Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut.

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepada-NYA dengan mengikuti sunnah Nabi-NYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid'ah.

Komentar @ Ta’liq Hadis أم زرع

(http://alqasam.hadithuna.com)

Hadis أم زرع ini terkumpul dalam himpunan hadith-hadith dalam Kitab Syama’il Muhammadiah.[1] Alhamdulillah saya telah mendapat sanad[2] hadis ini semasa Daurah Kitab Syamail Muhammadiyah sebanyak dua kali menghadiri daurah kitab hadis tersebut semasa menuntut dahulu di Mesir dahulu.

Apabila Ustaz Hasrizal menyebut tentang kisah 11 Wanita Jahiliyyah dalam entri beliau yang terbaru bertajuk "Lebih Baik Dari Abu Zar’in" yang merupakan intipati salah satu hadis dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah ini yang dikenali sebagai Hadis Ummi Zara’[3] dikalangan penuntut pengkhususan Hadis, membawa kepada simpanan saya iaitu ta’liq atau komentar yang detail oleh senior saya di Maahad Azhar, Penang.[4] Beliau telah mengamanahkan kepada saya sebagai moderator blog sekolah kami untuk dipost dan diedit tulisannya mana yang perlu.

Asalnya, komentar hadis ini dikongsi sebagai memberi sanad hadis ini[5] yang bersambung kepada sesiapa yang berminat. Namun oleh kerana saya telah menerima Sanad hadis ini dari ‘turuq rijal’ (Jalan perawi) yang lain, maka hadis ini menjadi khazanah bermanfaat buat perkongsian kita semua. Namun dengan rasa sungguh berbesar hati saya tetap bersyukur dapat menerima sanad hadis ini dari jalan yang berbeza. Dengan sedikit pengemaskinian, tambahan nota kaki dan pengajaran hadis saya berkongsi di laman ini.

Apakah Hadis Ummi Zar’a?

Hadis Ummi Zar’a adalah di antara hadis-hadis yang dinanti-nanti oleh pelajar-pelajar hadis. Ini adalah kerana hadis ini menceritakan mengenai pandangan sebelas orang wanita pada zaman jahiliyyah mengenai tabiat dan perangai suami-suami mereka.

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim,Tirmizi di dalam kitab beliau Syamail Tirmizi dan ulamak hadis yang lain. Ulamak bersepakat bahawa bahagian terakhir hadis ini bersifat marfu’,dan mereka bercanggah pendapat sama ada bahagian penceritaan mengenai wanita-wanita itu bersifat marfu’ atau hanya sekadar athar dari Sayyidatina Aisyah r.a.

Hadis ini mempunyai banyak nama, tetapi lebih masyhur dengan nama Hadis Ummi Zara’. Ulamak hadis telah menulis kitab-kitab dan risalah-risalah yang berasingan semata-mata untuk mensyarahkan hadis yang unik ini, dan ahli-ahli bahasa sering menjadikan hadis ini sebagai topic perbincangan mereka.

Aisyah radiyallahu anha meririwayatkan : Telah berkumpul sebelas orang wanita lalu mereka telah bersetuju dan berjanji untuk tidak merahsiakan sesuatupun mengenai perihal suami-suami mereka.

Ulasan

Nama wanita-wanita ini tidak dipastikan di dalam mana-mana hadis sahih,walaupun beberapa nama ada disebut dalam beberapa riwayat. Wanita-wanita ini berasal dari Hijjaz atau Yaman. Beberapa ulamak berpendapat bahawa kejadian ini berlaku pada waktu malam, dan oleh kerana mereka berasa sunyi kerana ketiadaan suami mereka maka ahli kelab wanita ini cuba menghiburkan diri mereka dengan bergosip mengenai hal-ehwal rumah tangga mereka.

Syeikh kami yang mengajar hadis ini berpendapat bahawa amalan bergosip dan mengumpat secara berkumpulan bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ianya sinonim dengan jiwa wanita sepanjang zaman. Oleh itu mana-mana lelaki yang bersifat sedemikian perlulah sedar bahawa mereka sebenarnya sudah tersalah memilh hobi.


BERKATALAH PEREMPUAN PERTAMA,

“ Suamiku seperti daging unta tidak berguna yg terletak di puncak sebuah gunung. Tidaklah gunung itu mudah untuk didaki, dan tidak pula daging berisi untuk diturunkan.”

Ulasan

Daging unta yang tidak berguna bermaksud si suami tidak membawa apa-apa faedah. Manakala puncak gunung menerangkan bahawa lelaki tersebut tidak gemar bergaul dengan keluarga mahupun orang ramai.

Unta adalah binatang tunggangan dan amat jarang dimakan melainkan dalam keadaan yang terdesak atau atas sebab-sebab ibadah dan kebajikan, tambah pula kalau unta itu tidak berguna dan dagingnya tidak mempunyai isi. Apabila unta tersebut adalah yang sedemikian, maka tiada gunanya untuk seseorang itu bersusah-payah untuk menurunkannya sekiranya ianya tersesat di puncak gunung. Jalan yang terbaik adalah dibiarkan sahaja unta itu dengan dunianya.

Secara ringkasnya : si suami adalah seorang yang tidak berguna,tidak suka bergaul dan susah untuk dinasihati.

BERKATALAH PEREMPUAN KE-2,

“Aku sama sekali tidak akan menyebarkan hal-ehwal suamiku. Aku takut tidak akan dapat melepaskannya. Sekiranya aku mula berkata-kata mengenainya, aku akan menceritakan segala hal dalaman dan luaran mengenainya.”

Ulasan

‘Aku takut tidak akan dapat melepaskannya’. Dhamir di sini mungkin kembali kepada si suami atau kepada khabar/hal-ehwal. Sekiranya yang dimaksudkan beliau adalah si suami,maknanya mereka sebenarnya dalam proses penceraian, dan wanita itu sangat amat ingin berpisah dari suaminya. Beliau berasa takut sekiranya umpatan beliau sampai ke telinga suaminya, maka lelaki itu akan membatalkan niatnya untuk menceraikan si isteri sebagai balasan ke atas umpatannya.

Dan sekiranya dhamir itu kembali kepada khabar/hal-ehwal, maka wanita itu ingin mengatakan bahawa terlalu banyak keburukan di dalam suaminya sehingga menyebabkan sukar untuk beliau berhenti menceritakan keburukan-keburukan yang ada pada si suami. Sekiranya hal ini berlaku, wanita itu berasa takut kalau-kalau ahli-ahli kelab wanita yang lain akan berasa bosan.

Sebahagian ulamak berpendapat bahawa wanita ini telah melanggar janjinya untuk tidak merahsiakan sesuatupun mengenai si suami. Tetapi hakikatnya ialah dia telah menceritakan segala keburukan si suami tanpa perlu mengulasnya dengan lebih panjang.

BERKATALAH PEREMPUAN KE-3,

“Suamiku adalah ‘asyannaq (sangat amat tinggi lampai). Sekiranya aku berkata sesuatu kepadanya maka aku pasti akan ditalaq. Dan sekiranya aku berdiam diri maka aku pasti tergantung (tanpa tali)”.

Ulasan

Amatlah popular di kalangan orang-orang arab dahulu bahawa ketinggian yang amat sangat adalah lambang kebodohan seseorang itu, kerana terlalu jauh jarak di antara otak dan hati sehingga menyebabkan reception yg lemah. Atau ianya membawa maksud bahawa seseorang itu panas baran,berperangai buruk dan hodoh.

Kenyataan si isteri ini menunjukkan bahawa si suami adalah seperti tiang yang sangat tinggi, dibina tanpa rekaan yang sesuai, dan kebodohan yang tidak dapat digambarkan lagi.

Sekiranya si isteri inginkan sesuatu lalu dikhabarkan kepada si suami, maka dia takut dia akan diceraikan. Tetapi sekiranya tidak diberitahu, tidaklah si suami peduli akan keperluan si isteri. Hendak dikatakan sudah berkahwin pun susah, hendak dikatakan bujangpun tidak boleh.

BERKATALAH PEREMPUAN KE-4,

“Suamiku seperti malam Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk. Tiada ketakutan mahupun kebosanan.

Ulasan

Tihamah adalah tempat miqat bagi mereka-mereka yang dating dari arah Yaman. Ketika musim panas, tempat idaman bagi setiap orang arab adalah Tihamah,kerana udaranya pada waktu malam yang menyegarkan, ditambah pula keadaan di situ yang aman damai. Cuaca seumama itu amat mendamaikan fikiran, dan tidak mungkin mana-mana manusia boleh berasa bosan dengan suasana yang sedemikian.

Si isteri merasakan bahawa suaminya adalah seorang yang mempunyai perwatakan menarik. Tidaklah panas baran dan tidak pula bersikap tidak mengambil tahu. Kalaulah dia marah sekalipun tiada apa yang perlu ditakutkan kerana dia sama sekali tidak akan hilang pertimbangan. Dan sikapnya yang selalu perihatin membuatkan dirinya amat disenangi.

Dikatakan bahawa nama wanita ini ialah Mahd bint Abi Harumah.

BERKATALAH PEREMPUAN KE-5,

“Suamiku seperti harimau bintang apabila masuk ke dalam rumah,seperti singa apabila berada di luar, dan beliau langsung tidak bertanya mengenai tanggungjawabnya”.

Ulasan

Dikatakan wanita ini bernama Kabshah. Terdapat percanggahan di kalangan ulamak sama ada beliau memuji atau mengkritik suami beliau kerana perkatan beliau ini boleh membawa kedua-dua maksud tersebut. Namun begitu jumhur berpendapat bahawa zahir perkataan beliau lebih kepada pujian.

Harimau bintang terkenal dengan dua sifat : 1. Pemalu/lembut dan 2. Pemalas/tidak peduli. Singa pula terkenal dengan ketegasan/kepimpinan dan keganasan.

Sekiranya beliau bermaksud untuk mengkritik, maka maknaya ialah si suami seorang yang pemalas, tidak suka mengambil tahu perkembangan keluarga sendiri. Apabila berada di dalam rumah, dia langsung tidak menghiraukan keadaan di dalamnya. Dan apabila keluar sahaja dari rumah, maka dialah orang yang paling berlagak dan suka bercakap besar sambil cuba memimpin orang ramai seolah-olah dialah yang paling banyak membantu mereka, sedangkan sebenarnya dia langsung tidak peduli mengenai hal-ehwal dalam rumah mahupun di luarnya. Dia seoarang yang suka bercakap dan memberi pandangan tetapi langsung tidak suka membuat kerja.

Dan sekiranya ini adalah pujian, maksud perkataan beliau ialah si suami seorang yang pendiam,tidak banyak bercakap, tidak banyak mengadu, menerima sahaja keadaan di dalam rumah seadanya. Dan apabila berada di luar rumah, beliau sangat tegas, tidak suka berdiam diri apabila melihat perkara-perkara yang tidak disenangi dan menjadi contoh dan tokoh kepada masyarakat. Apa sahaja yang disediakan di dalam rumah sama ada dari segi makan minum atau pengurusan rumahtangga tidak menjadi masalah kepada beliau kerana dia sangat mempercayai cara pengurusan si isteri terhadap wang perbelanjaan yang diberikan.

BERKATALAH PEREMPUAN KE-6:

“Suamiku ketika makan akan menghabiskan kesemuanya. Apabila minum dia tidak akan meninggalkan walau setitis pun. Apabila tidur dia akan menyelimutkan dirinya. Dan dia pernah memasukkan tangannya untuk mengetahui berita”.

Ulasan

Kenyataan ini juga boleh membawa maksud pujian dan kritikan, dan jumhur berpendapat bahawa ianya lebih kepada kritikan.

Sekiranya yang dimaksudkan adalah pujian, maksud wanita ke-enam ini ialah si suami tidak pernah mengadu apa-apa pun mengenai hidangan di hadapan mata, baik dari segi makanan mahupun minuman. Semua diterima seadanya. Beliau tidak juga kedekut apabila membelanjakan duit untuk makanan. Apabila beliau tidur, maka beliau tidak akan membawa masalah luar rumah ke atas katil beliau. Dan dia tidak suka menjaga tepi kain orang lain, itulah yang dimaksudkan dengan tidak memasukkan tangan untuk mengetahui berita-berita terkini. Dan tidak pula beliau suka mencari kesalahan orang lain.

Dari segi kritikan pula perkataan-perkataan ini bermaksud si suami apabila makan lupa segala-galanya sehinggakan semua makanan dihabiskan dan langsung tidak meninggalkan kepada ahli keluarga yang lain. Apabila minum,tidak ada satu titisan airpun dibiarkan untuk orang lain. Apabila tidur dia langsung tidak menyentuh si isteri, kerana dia lebih gemar tidur seorang diri dan apabila bersama dia langsung tidak memulakannya dengan peluk cium. Dan dia langsung tidak pernah menjaga perasaan si isteri atau mempedulikan kehendak si isteri.

BERKATALAH PULA PEREMPUAN KE-7:

“Suamiku amat lemah kelakiannya, sesat lagi menyesatkan dan tidak pandai bersetubuh atau lembap pemikirannya sehingga mengganggu pertuturannya. Semua penyakit/keburukan (yang ada dalam dunia) terdapat dalam dirinya. Dia (suka) memukul kepalamu atau bandanmu atau dia dia akan melakukan keduanya sekali.”

BERKATALAH PEREMPUAN KE-8:

“Suamiku sentuhannya seperti arnab dan buanya seperti zarnab.”

Ulasan

Zarnab bermakna za’faran atau mana-mana haruman. Dikatakan bahawa nama wanita ini ialah Naashirah bint Aws. Sentuhan arnab membawa erti si suami sangat lemah lembut orangnya, tidak kasar dan amat disenangi. Di samping itu dia juga seorang yang menitikberatkan soal kebersihan dan sering mengenakan wangian ke atas tubuh dan pakaiannya. Beliau mempunyai segenap tubuh yang menyebabkan si isteri selalu ingin mendakapnya.

Dalam beberapa riwayat lain ada menyebut bahawa wanita ini menyambung : “Aku mengawalnya dan dia mengawal orang lain. Tidaklah aku mengawalnya kerana sifat rendah dirinya, tetapi aku mengawalnya kerana cintaku yang mendalam terhadapnya.

PEREMPUAN KE-9 BERKATA:

“Suamiku sangat tinggi tiangnya, banyak abu (di rumahnya), panjang lembingnya atau tinggi tubuhnya serta dekat pula rumahnya Dewan Parlimen”.

Ulasan

Di sini wanita ini menyebut beberapa pujian yang tinggi mengenai si suami.

Tiang rumah yang tinggi boleh membawa dua maksud. Pertamanya ialah mereka tinggal di mahligai yang sangat besar,menunjukkan bahawa si suami adalah seorang pemimpin yang sangat kaya. Maksud yang kedua pula ialah rumah mereka berada di atas bukit yang tinggi supaya sekiranya ada musafir yang melalui kawasan itu pada waktu malam, maka bolehlah mereka datang menginap di sana. Dan ini membawa maksud bahawa si suami adalah pemurah dan mempunyai sikap suka membantu musafir atau mereka yang berada di dalam kesempitan.Sebahagian pula berpendapat bahawa ketinggian tiang rumah adalah kiasan untuk mereka-mereka yang berasal dari keturunan bangsawan.

Sangat banyak abu di rumah adalah kinayah untuk seseorang yang suka menjamu dan memberi makan kepada orang ramai. Ini adalah antara sifat yang amat dibanggai oleh orang-orang arab dari dulu sehingga kini. Abu yang banyak adalah disebabkan terlalu banyak kayu api yang digunakan untuk tujuan memasak.

Tubuh yang tinggi atau lembing yang panjang bermakna si suami adalah seorang pahlawan yang gagah perkasa. Manakala rumah yang dekat dengan parlimen bermaksud orang ramai sehingga para pemimpinpun datang kepada beliau untuk mendapatkan nasihat.

BERKATA PULA PEREMPUAN KE-10:

“Suamiku bernama Malik, dan apakah pujian yang boleh aku tujukan kepada Malik? Malik adalah jauh lebih baik dari segala pujian itu. Dia mempunyai unta-unta yang yang menghabiskan masa dengan tinggal di dalam ladang dan amat jarang dibawa keluar berjalan. Apabila unta-unta ini mendengar sahaja bunyi asahan pisau, maka yakinlah mereka yang mereka akan disembelih.”

Ulasan

Wanita ini bernama Kabshah bint Malik. Di sini beliau memuji si suami yang sangat pemurah dan sangat suka melakukan kebajikan. Unta-unta ternakan mereka jarang dibawa keluar berjalan kerana sekiranya ada tetamu datang, terlalu banyak masa dihabiskan untuk menunggu unta itu pulang, yang mana ini akan menyebabkan kelewatan terhadap penyediaan hidangan, oleh itu baiklah sekiranya unta-unta itu dibiarkan sahaja di dalam ladang. Perlu diketahui bahawa biasanya unta hanya menjadi hidangan sekiranya keadaan betul-betul mendesak atau atas tujuan kebajikan kerana unta pada zaman itu adalah seperti kereta mewah pada zaman ini. Dan di sini wanita ini mengatakan bahawa si suami selalu menjamu tetamu dengan daging unta, oleh itu dia juga ingin memberitahu bahawa si suami bukan sahaja suka menjamu, tetapi makanan dan layanan suaminya juga bertaraf lima bintang.

BERKATA PEREMPUAN KE-11:

“Suamiku bernama Abu Zara’, dan apakah pujian yang boleh aku tujkan kepada Abu Zara’? Dia telah memberatkan kedua-dua telingaku dengan hiasan serta memenuhkan kedua pinggulku dengan lemak. Dia telah memuliakanku sehingga aku sendiri berasa mulia. Dia menemuiku di kalangan pengembala kambing yang berada dalam kesempitan, lalu dijadikanku di kalangan pemilik kuda-kuda,unta-unta dan lembu-lembu dan ladang-ladang.
“Apabila aku membuka mulut di sisinya tidak pernah sekalipun dia mengkejiku, aku tidur dan hanya bangun lewat pada lewat pagi, dan aku minum sehingga kenyangpun masih banyak lagi sisa-sia makanan yang tinggal.

“Ibu Abu Zara’ (ibu mertuaku), dan apakah pujian yang boleh aku katakana kepada ibu Abu Zara’? Bijana-bijananya(stor simpanan makanannya) sentiasa penuh (kerana sifat murah hatinya yang selalu menjamu orang ramai) dan rumah/tanahnya sangatlah luas (menunjukkan bahawa terlalu ramai orang yang dijamu).

“Anak lelaki Abu Zara’, apakah pujian yang boleh aku tujukan pada anak lelaki Abu Zara’? Tempat tidurnya adalah ranting pokok/tulang risuknya sehalus ranting dan kaki sebahagian dari kaki anak kambingpun cukup untuk mengenyangkannya”.

Ulasan

Menjadi adat orang arab untuk berbangga sekiranya mereka mempunyai anak lelaki yang kurus, memakan makanan yang sederhana dan tidurpun dengan penuh kesederhanaan, kerana ini menunjukkan bahawa lelaki itu adalah seorang pahlawan dan tidak mempunyai banyak karenah dan tidak pula cerewet.

“Anak perempuan Abu Zara’, apakah pujian yang boleh aku tujukan untuk anak perempuan Abu Zara’? Sangatlah taat kepada ibubapa, memenuhi pakaiannya (sangatlah ketat pakaiannya kerana dia mempunyai tubuh yang sangat gemuk) dan amat dicemburui oleh jiran-jiran sebayanya.”

Ulasan

Sekiranya orang-orang arab terdahulu bangga dengan lelaki bertubuh kurus, mereka juga berbangga sekiranya mempunyai isteri atau anak perempuan yang bertubuh besar, berbeza dengan penerimaan manusia hari ini yang lebih menyukai wanita-wanita yang bertubuh kurus dan

“Hamba perempuan Abu Zara’, apakah pujian yang boleh aku tujukan kepada hamba perempuan Abu Zara’? Dia langsung tidak menyebarkan atau bergosip mengenai rumah tangga kami kepada orang luar, tidak pula dia menggunakan makanan kami tanpa kebenaran, dan tidak langsung mengotorkan rumah kami dengan sebarang kotoran (bermaksud tidak menconteng arang di muka kami dengan berzina).”

Ummu Zara’ menyambung: “Pada suatu pagi, Abu Zara’ keluar ketikamana susu diperah, dan dalam perjalanannya dia menemui seorang perempuan bersama dua anak yang menyerupai harimau bintang, kedua-duanya bermain di bawah pinggulnya dengan buah delima (kinayah untuk buah dada ataupun bermaksud perempuan berkenaan sedang baring terlentang, kedua-dua anaknya berada di kiri dan kanannya, dan mereka bermain dengan buah delima di celah-celah ‘terowong’ yang terhasil di bawah pinggang ibu mereka. Lalu diapun menceraikanku dan menikahi perempuan itu.

“Maka aku berkahwin selepas itu dengan seorang pahlawan/bangsawan yang juga seorang penunggang kuda(yang hebat) dan juga seorang pemimpin. Dia memberikanku hadiah yang sangat banyak, dan dari setiap binatang dia berikan aku pasangannya. Dan dikatakan kepadaku:

“Makanlah wahai Ummu Zara’, dan berilah (sebanyaknya) kepada keluargamu”.

“Kalaulah aku kumpulkan kesemua nikmat yang diberikannya kepadaku, tidaklah ianya menyamai bijana yang paling kecil milik Abu zara’.”

Sayyidatina Aisyah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda; “ Aku melayanmu (wahai Aisyah) sepertimana Abu Zara’ melayan Ummu Zara’ (di hari-hari bahagia mereka).

Ulasan

Di dalam riwayat lain ada menyebut Baginda s.a.w menambah “Cuma aku tidak menceraikanmu”. Ada disebut di dalam Tabarani bahawa Aisyah r.a berkata: “Apa yang ada pada Abu Zara’? Ibu dan bapaku menjadi korban untukmu! Tuan lebih bermakna untuk saya (daripada kasih Ummu Zara’ kepada Abu Zara’

Semoga Allah ta’ala menganugerahkan taufiq dan hidayahNya kepada semua mukminin untuk mengikut jejak-langkah Baginda s.a.w yang mulia. Aameen.

Pengajaran Hadis

1) Sebahagian ulamak berpendapat bahawa wanita-wanita ini telah bersalah kerana mengumpat, tetapi hakikatnya ialah selagi seseorang itu tidak menyebut nama atau mengkhususkan sesuatu yang boleh menyebabkannya dikenali, maka ianya tidaklah dikira sebagai umpatan. Sekiranya kisah ini bersifat marfu’, maka ianya dalil yang menykong pendapat ini.

2) Pengajaran lain yang disebut Ulama’ dalam menyebut berkenaaan pengajaran Hadis adalah tentang seni Nabi saw melayan isteri Baginda dalam kesukaan mereka berbual. Seni yang ditunjukkan adalah kemahiran berkomunikasi dalam perhubungan yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

3) Hikmah disebalik Hadis ini juga ialah menyentuh tentang keperluaan seorang suami berbuat baik dengan isterinya kerana menurut Hadis Sohih yang sudah maklum di kalangan kita ” Yang paling baik dikalangan kamu ialah yang paling lembut dengan ahlinya (Isterinya). Riwayah Muslim. Jesteru, perlulah bagi suami yang cinta kepada Nabi saw mengambil iktibar dari kisah-kisah suami di atas dan menjauhi sikap-sikap yang kurang baik dalam melayari rumahtangga. Sikap malas membantu dan meletakkan semua tanggungjawab hanya kepada wanita bukanlah apa yang telah dipamerkan oleh Nabi saw.

4) Menurut pengupas yang memberi komentar Hadis ini, Saudara Abdul Latif Subky, keindahan Hadis ini hanya akan dapat dirasai dan difahami bagi mereka yang belajar dengan Adeeb dan bukan hanya Ustadzul Adib. Maknanya, guru yang benar-benar beradab dan bukan hanya mengajar tentang adab. Analoginya, perlu dipelajar dengan mereka yang benar-benar memahami kiasan dalam kaum Arab dan teknik bahasa Arab yang dalam dan tinggi maknanya. Bukan sekadar membaca sendiri atau belajar dari literal @ zohiri dan secara tekstual sahaja.

_________________

1] Dikenali juga sebagai Syamail Tarmidzi. Di karang oleh Imaam Abi ‘Isa Muhammad bin ‘Eesah bin Sorah At-Tirmidhi R.A.(209-279A.H.)

[2] Apakah keperluan Sanad? . Ibnu Mubarak telah berkata “ Isnad adalah sebahgian dari agama. Sekiranya tiada Isnad (Sanad) maka sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dikeluarkannya.” Sanad merupakan perkara penting untuk memastikan kesahihan sesuatu ilmu. Ahli salaf dan khalaf telah sepakat mengatakan bahawa ilmu agama bukanlah diambil melalui bacaan kitab-kitab atau pengkajian semata-mata, tetapi ia diambil melalui kaedah pembelajaran. Iaitu dengan mempelajari sesuatu ilmu daripada seorang arif yang dipercayai, yang telah mengambil ilmu tersebut daripada orang yang sepertinya juga hingga sampai kepada sahabat dan terus kepada riwayah awal kepada Rasulullah s.a.w.

[3] Dibolehkan membaca Zar’a atau Zar’in. Zar’in kerana ianya mudhofun ‘ilaih sedang Zar’a kerana ijtima’ sakinain (berkumpulanya dua tanda mati) iaitu pada huruf ع dan ز maka lahjah arab dan ilmu sorof akan mematikan salah satunya sebagai meringankannya pada sebutan lidah.

[4] Beliau ialah Abdul Latif Subky anak kepada Subky Latif merupakan bekas penuntut di Darul Ulum Zakarriya Deoband.

[5] Sanad dari Syeikh Syabbir dari ‘Allamah Yusuf Bennouri dari Shah Anwar Kasymiri dari Syeikhul Hind dari Maulana Qasim nanotwi dari Syeikh Abdul Ghani Almujaddidi dari Shah Ishaq dari Shah Abdul Aziz dari Shah Waliyyullah Muhaddith Ad-Dahlawi.

Rujukan

Ibn Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari.

Usthmani, Taqi, Takmilah Fathil Mulhim Syarah Muslim.

Tarmidzi, Abi Isa Muhammad, Syarah Sohih Muslim.

Tarmidzi, Abi Isa Muhammad, Syamail Muhammadiyah

Lebih Baik Daripada Abu Zar’in


“Ruang tamu kita elok dicat dengan warna peach atau cappucino?” tanya Ummu Saif.

“Warna mana yang lambat nampak comot? Maklumlah budak-budak ni!”, saya menjawab dengan soalan.

“Lampu tangga nanti, elok yang lekat ke dinding atau yang cantik berjuntai?”, soal Ummu Saif lagi.

“Asalkan cukup terang nampak anak tangga, semua ok aje,” saya menjawab.

“Kabinet dapur tu lebih berseri kalau table top berwarna gelap. Biar kontras!” cadang Ummu Saif.

“Janji cukup kuat untuk kerat ayam dan belah durian,” saya ‘menyokong’.

SEMINGGU DUA INI

Seminggu dua ini ada juga terasa di kepala bagai didera. Dengan segala ilmu pengetahuan yang pernah saya pelajari seumur hidup, kali ini saya diminta mengeluarkan ‘fatwa’ tentang langsir, cat, lampu, kabinet, sofa dan serba serbi benda yang tidak pernah saya pedulikan selama ini.

“Warna langsir rumah kita sekarang ini pun abang tak perasan!” saya berterus terang.

Sudah banyak kali saya memberikan lesen kebebasan kepada Ummu Saif untuk memilih apa sahaja warna, rekaan, corak yang disukainya. Bagi saya, yang penting rumah kami nanti cukup pintunya, elok bumbungnya, dan buku saya tidak ditirikan ke dalam stor. Itu sahaja. Tetapi Ummu Saif tidak pernah jemu bertanyakan pandangan saya tentang ‘perkara-perkara kecil’ berkenaan rumah kami, walaupun banyak cadangan saya berakhir dengan K.I.V (Kept In View!)

Isteri memikirkan keserasian warna dan rupa.

Suami memikirkan fungsi dan praktikaliti penggunaannya.

Tetapi…

11 WANITA JAHILIYYAH

Dalam ketegangan fikiran saya itu jugalah, saya terkenang kembali perbualan Ummu al-Mu’mineen Aisyah radhiyallahu ‘anha bersama suaminya Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Mereka berdua berbual tentang kisah 11 wanita Jahiliah, cerita Aisyah sebagai santapan telinga suaminya.

Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.

Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.

Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya.

Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.

Wanita keempat berkata: Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.

Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.

Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.

Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.

Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.

Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.

Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.

Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.

Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in. Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.

Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak lelaki Abu Zar’in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.

Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.

Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.

Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar’in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.

Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda kepadaku: Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.

Aisyah radhiyallahu ‘anha membalas: Bahkan engkau lebih baik dari Abu Zar’in.


Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau”


[Riwayat al-Tirmidhi]

HEBATNYA RASULULLAH S.A.W

Subhanallah!

Sabarnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendengar celoteh isterinya Aisyah! Dalam kesibukan dan kegentingan pelbagai isu ummah, sabarnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam melayan kisah 11 perempuan Jahiliyyah yang entah di mana faedahnya itu! Tidak langsung diperlekeh kisah Aisyah. Tidak langsung dimuncungkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mulutnya dengan kisah panjaaaaang lebar isteri kesayangannya itu.

Bahkan setelah berakhirnya kisah 11 wanita Jahiliyyah itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengulas dengan komen yang paling bersahaja lagi romantik, sebagai seorang suami yang terbaik kepada ahli keluarganya.

Maafkan daku sayang. Diri ini tidak sehebat Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, tetapi aku ini pasti lebih baik dari Abu Zar’in kerana sepanjang mana pun celotehmu tentang benda remeh temeh berkaitan rumah kita, dikau tetap menjadi pojaaan hatiku!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Friday, November 21, 2008

Pengajaran Liqa' - Memahamkan Masyarakat Hakikat Islam

(Biro IT)

Banyak kekeliruan yang telah berlaku di dalam masyarakat adalah akibat penerapan yang diberi di peringkat sekolah rendah lagi, termasuklah di kalangan kita para pendokong Islam. Contohnya dalam subjek sains tentang kejadian hujan. Menurut sains, hujan terjadi akibat terkumpulnya wap air yang tersejat dari permukaan bumi. Apabila wap air itu terkumpul, maka terjadilah awan. Setelah awan itu cukup berat, maka terjadilah hujan. Sedangkan hakikat sebenarnya ialah hujan itu telah diciptakan Allah mengikut kadar dan ketetapan-Nya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak makan padanya.” (An-Nahl: 10)

Begitulah antara kupasan yang diberikan oleh penceramah jemputan yang merupakan naqib Papisma Terengganu (muslimin), Ust. Burhanuddin (Bob) malam tadi. Jika teori sains ini benar, sudah tentu tidak berlaku hujan lebat dan banjir di tanah arab seperti yang berlaku di Mekah dan Madinah beberapa tahun lalu - pen. Begitu juga dengan kes malapetaka Tsunami yang berlaku beberapa tahun lalu, ia tidak melanda semua tempat yang terdedah kepadanya, tetapi lebih kepada tempat yang mana di sana telah berlaku maksiat dan kemungkaran yang besar. Ini menunjukkan bahawa semua itu adalah ketetapan Allah. Sebab itu sains perlu diulas agar bertepatan dengan Al-Quran. Jika kita sentiasa menanamkan kefahaman ini kepada masyarakat (pesakit), sudah tentulah mereka akan lebih redha dengan ketentuan Allah dan akan bergantung harap kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit-penyakit mereka.

Apabila Allah menurunkan hujan, maka turunlah bersamanya rezeki, sebagaimana fiman-Nya lagi:
"Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir" (An-Nahl:11)

Dalam hal ini Allah telah menyebutkan tentang buah zaitun, tamar dan anggur dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa khasiat buah-buahan ini terlalu banyak terutama dari segi khasiat dan penyembuhan penyakit. Banyak kajian saintifik telah dibuat terhadap buah-buahan ini dan seharusnya pesakit-pesakit digalakkan mengambilnya mengikut cara Nabi Muhammad SAW agar ianya menghasilkan kesan yang maksimum. Jadi, Ust. Bob mencadangkan supaya jadikanlah buah-buahan ini sebagai 'buah tangan' apabila menziarahi pesakit berbanding limau dan epal. Khasiat anggur kering (kismis) adalah menyamai buah tamar dari segi penyembuhan.

Ust. Bob juga menyebut tentang bagaimana menambahkan keberkatan ubat dan rawatan yang diberikan kepada pesakit (agar lebih mujarab) iaitu dengan mengamalkan tip-tip rawatan sebagaimana yang diamalkan oleh Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina (rh) seperti berikut:
Sebelum memulakan kerja setiap pagi, ucapkanlah istighfar (3x), selawat (3x), Laa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'adziim (3x) dan Al-Fatihah (1x). Insya Allah akan memperoleh kemudahan dalam mendiagnos dan merawat pesakit.

Saturday, November 15, 2008

Syahidnya Pahlawan Bali

(Kaki Kayu)

Perasaanku meronta-ronta untuk menyiarkan berita ini. Meskipun aku yakin bahawa masyarakat dunia telah tahu, namun aku rasa, aku ingin kongsikan juga untuk tatapan sahabat semua. Biarlah ianya merupakan cerita yang berulang-ulang. Versi ini akan aku paparkan dalam bahasa Malaysia untuk menampakkan sedikit kelainan.

Berita ini tidak ada kena mengena dengan sokonganku kepada aktiviti pengeboman dan keganasan di mana-mana. Tetapi sekadar untuk berkongsi suatu yang dikatakan orang sebagai syahid dan ingin melihat dengan lebih dekat wajah-wajah mereka yang digelar syuhada' setelah dipaparkan begitu banyak di laman-laman web dan blog.

Sebelum itu aku ingin berkongsi tentang satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang mati syahid tidak merasakan sakitnya terbunuh kecuali sakitnya seperti dicubit."
HR at-Termizi, an-Nasa'i, ad-Darimi dengan sanadnya hasan.

Firman Allah swt,”Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam Keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka gembira terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bergembira dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman.” (Ali Imran : 169 – 171)

Bila melihat mayat kedua-dua insan ini, hatiku tersentak sebab aku tidak melihatnya seperti mati melainkan sedang tersenyum dan berkomunikasi. Subhanallah!

(Dari laman ini)

Tiada kata yang terucap melainkan kalimat takbir, Allahu Akbar atas keadaan jenazah ketiga-tiga syuhada Bali. Betapa tidak, ketiga-tiga syuhada tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di medan peperangan, meskipun mereka 'tidak sedang berperang' melawan musuh Islam.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya pejabat Berita Islam Muslimdaily.net mendapat izin dari pihak keluarga, yang diwakili oleh Bp. Ali Fauzi, untuk menyiarkan foto dua mujahid Bali iaitu Amrozi dan Ust. Mukhlas. Bp Ali Fauzi berpesan agar gambar ini disebarluaskan untuk memberikan bukti nyata atas misteri dan polemik yang terjadi ke atas Mujahid Bali, terutama Syuhada Tenggulun, berkenaan status mereka, apakah mati syahid atau tidak. Di samping itu memberikan hikmah nyata kepada seluruh kaum Muslimin bahwa perjuangan Islam yang mereka lakukan benar-benar ikhlas untuk meninggikan kalimat Allah, dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk.

Sebagaimana syuhada yang gugur dalam medan jihad, foto kedua syuhada Tenggulun itu kelihatan tersenyum dengan barisan gigi yang terlihat rapi. Apalagi yang terjadi dengan Amrozi. Senyuman khas "The Smiling Bomber" yang seiring dengan kedua mata yang terbuka, terlihat seakan-akan bertemu dengan sesuatu yang membuatnya kagum. Mungkin sepasang bidadari yang menyambutnya dengah ramah?

Keadaan yang tak jauh berbeza dengan jenazah Ust. Mukhlas. Ulama yang hebat berpidato ini memperlihatkan senyuman dengan mata yang juga terbuka. Wajah bersih pun menjadi petanda yang lain. Wajah bersih yang juga dimiliki oleh si "Mujahid Hacker," Imam Samudera @ Abdul Aziz. Imam memperlihatkan wajah tampan dan bersih, sama seperti dengan keadaan Ust. Mukhlas.

Disamping analisis foto ketiga-tiga Mujahid Bali tersebut, keterangan dari orang ramai makin memperkuat bukti bahwa ketiga-tiga wira tersebut adalah para Mujahidin, mereka telah memiliki niat yang tulus dan menemui kematian sebagai seorang syuhada. Berikut adalah bukti dan persaksian dari orang ramai.
  1. Salah seorang pengunjung yang kebetulan ikut hadir di kediaman Hj. Tariyem adalah Ust. Abdul Rachim Ba'asyir. Menyaksikan bahwa ketika keranda jenazah masuk dan kain penutup keranda dibuka, serentak tercium bau wangi yang tersebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat kehairanan para tetamu yang hadir, kerana di dalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat menyesakkan dimana pengunjung bertumpu dalam satu ruangan. Jika ia bau wangi dari minyak wangi, ia tak akan mampu mengalahkan bau badan para pengunjung dan tidak akan dapat memberikan aroma dengan kadar wangi yang sama." Allahu Akbar. Itu bukan bau minyak wangi. Bukan. Tapi bau wangi dari asy-syahid," kata beliau.
  2. Selain itu, masih menurut Ust, Abdul Rachim, ketika kain penutup wajah dari Ust. Mukhlas di buka, terlihat jelas bintik-bintik keringat menempel di bahagian muka. Keadaan yang sama terjadi dengan mereka yang masih hidup dan dalam keadaan ghairah. Seakan Ust. Mukhlas merasakan keghairahan yang sama yang dengan keghairahan yang dialami oleh para pengunjung beliau.
  3. Sebagaimana diulas oleh beberapa media nasional, seperti detik.com, nampak jelas terlihat fenomena datangnya tiga burung hitam di atas kediaman syuhada. Ketiga-tiga burung ini jelas bukan burung Gagak seperti yang banyak diberitakan di media, kerana memiliki leher yang panjang. Mereka datang begitu saja berputar-putar selama lebih kurang tujuh minit, dan kemudian pergi berpecah. Dua burung hitam terbang ke arah Timur, mereka seolah-olah menunjukkan diterimanya amalan jihad Ust Mukhlas dan Amrozi, dan satu burung hitam terbang ke Barat, sebagai petunjuk syahidnya 'Mujahid Hacker' Imam Samudera. Fenomena datangnya burung hitam ini sempat membuat suasana haru dengan teriakan takbir para pengunjung.
  4. Seperti kata-kata adik kandung Imam Samudera, Lulu Jamaludin, abangnya menampakkan keanehan ketika dimasukkan ke dalam liang lahat. Bau wangi juga tercium dari jenazah Imam. Selain itu luka bekas tembakan peluru tajam terus menerus mengalirkan darah segar. Aliran darah ini keluar seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka. Masih menurut Lulu juga, wajah abangnya lebih bersih dan tampan dari biasa.
  5. Berita terakhir yang baru diterima oleh salah satu kru muslimdaily.net. Beberapa hari yang lalu, tepatnya tiga hari setelah pemakaman Amrozi dan Ust. Mukhlas, keluarga Hj. Tariyem meminta beberapa orang untuk menjaga makam. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Di antara mereka yang turut menjaga adalah Sumarno, Baror, Rosyidin, Mashudi dan beberapa orang jawatankuasa pondok Al-Islam Tenggulun Lamongan. Mereka mengatakan mencium bau wangi keluar dari dalam kubur (makam). Bau wangi yang sama ketika mereka pertama kali membuka kain penutup jenazah syuhada. Namun, bau wangi ini bukan seperti bau dari minyak wangi yang biasa mereka pakai atau dipakai oleh orang kebanyakan.

Jelas sudah bukti yang diberikan oleh Allah s.w.t. melalui kebesaran-Nya. Walaupun banyak pihak yang membantah, memberikan suara sumbang dan menyokong pandangan massa untuk meminggirkan status para Mujahid Bali, serta membuat gangguan melalui pegawai kerajaan, namun Allah berkehendakkan yang lain. Dan siapakah sebaik-baik pembuat kerosakan? (far/MD)

Program Berkhatan Papisma Terengganu Berjaya

(Biro IT)

Kenyir, 14 Nov (Jumaat) - Seramai 29 kanak-kanak di Kg. Basong, Kenyir telah berjaya di khatankan oleh 6 team tenaga pengkhatan termasuk 5 doktor Papisma dan 7 Medical Assistant (MA). Majlis yang bermula pada pukul 9.30 pagi setelah tamat kuliah Jumaat itu telah diadakan di Madrasan Al-Ansar. Alhamdulillah, majlis berkhatan itu telah berjaya ditamatkan kira-kira pukul 12.30 tengahari. Antara anak-anak yang telah dikhatankan ialah anak-anak Mudir Madrasah Al-Ansar sendiri iaitu Ust. Kamaruzaman Abdullah yang berumur 6 dan 7 tahun. Antara tenaga pengkhatan Papisma Terengganu yang memberikan khidmat ialah Dr. Md. Arif, Dr. Rohaizi, Dr. Rosli, Dr. Salman dan Dr. Roslan yang merupakan Pengerusi Papisma Terengganu sendiri.

Setelah itu semua tenaga pengkhatan itu dijamu dengan masakan kampung 'ala Tasik Kenyir' sebelum mereka menunaikan solat Jumaat di Kg. Pasir Dula yang berdekatan.

Program berkhatan itu telah dianjurkan oleh AJK Madrasah Al-Ansar dengan kerjasama Papisma Terengganu. Pengerusi Papisma Terengganu melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan tenaga sahabat-sahabat semua dan berharap lebih ramai lagi tenaga Papisma Terengganu akan memberikan khidmat pada masa-masa akan datang.

Thursday, November 6, 2008

Cukupkah Kerja Kita Untuk Jamaah?

(Kaki Kayu)

"Bang... mana pergi. Lama tak dengar berita?" Seorang sahabat menyapaku.
"Lama tak tulis artikel... ingatkan pergi buat haji?" Sapa seorang blogger.

Beberapa minggu ini aku memang sibuk. Sibuk dengan urusan parti, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan urusan anak... ditambah pula dengan komputerku yang selalu meragam. Kesibukan seperti inilah yang selalu menjadi alasan untuk tidak menginfakkan tenaga untuk Islam dan jamaah. Ramai yang menganggap bahawa aku kerja sendiri, kenapa tak boleh adjust time kerja? Apa guna kerja sendiri kalau dikongkong oleh masa juga. Aku jawab selamba je... kerja sendiri lagi susah. Sebab ada kerja ada 'gaji' tak de kerja tak de 'gaji'. Sapa nak bayar aku?

Sememangnya begitulah bagi sesiapa yang kerja sendiri. Selain dari mempunyai motivasi tinggi dan keyakinan yang tinggi bahawa rezeki itu datangnya dari Allah, rupa-rupanya kerja sendiri juga menuntut pengorbanan yang tinggi iaitu kena buat kerja jamaah 'betul-betul' tidak berbayar... hanya mengharapkan ganjaran Allah di akhirat. Jadi, aku pernah nasihat adik-adik, kalau kalian tidak bersedia untuk pengorbanan itu, jangan cari pasal kerja sendiri. Kecualilah kalian tidak bersedia untuk berkorban bersama jamaah, kalian nak mengumpul kekayaan dan 'bersara awal', kalian pilihlah kerja sendiri.

Aku kadang-kadang rasa pelik juga dengan sikap dan anggapan anggota jamaah kita. Kadang-kadang pimpinanpun macam tu. Mereka boleh terima kalau seseorang yang kerja kerajaan tu beri alasan yang dia kerja atau on-call untuk tidak dapat memberikan tenaga dalam sesuatu program, tetapi tidak boleh terima kalau aku yang kerja sendiri ni memberikan alasan yang serupa. Kadang-kadang terpaksa explain beberapa kali, bahawa orang kerja kerajaan ni boleh ambik cuti untuk terlibat, di mana cutinya ada 30 hari setahun yang tidak menjejaskan gajinya. Tapi aku kena kerja hari ini kerana ada.... begitulah kadang-kadang tanggungjawab kita kepada kerja tu bukan semata-mata tanggungjawab untuk mengisi poket sendiri, tapi ada amanah lain yang terpaksa ditunaikan. Entahlah mereka faham atau tidak... tapi yang nyata dari air muka mereka itu memang jelas tidak puas hati.

Bagi pendokong perjuangan yang juga mempunyai tanggungjawab yang besar di tempat kerja, mereka perlu merancang untuk memberikan kerjasama dari hati yang ikhlas untuk Islam. Hanya dirinya dengan Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasannya untuk berkorban untuk agama Allah. Mereka boleh memberikan 1001 alasan untuk tidak bersama, tetapi Allah tahu akan alasannya. Jika alasan yang sengaja diada-adakan, mereka juga tidak beruntung di akhirat kelak. Tidak kira kita siapa dan di mana kita berada, marilah kita ikhlaskan hati-hati kita untuk memberikan semaksima mungkin sumbangan untuk perjuangan. Allah tidak akan mensesiakan kerja-kerja kita untuk perjuangan itu kerana ganjarannya tersangat besar di akhirat nanti.


Lihatlah sedikit peringatan yang sempat aku tuliskan. Pada hari Kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu:

1) Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata,"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Firman Allah kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku."

2) Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Utusan-Ku Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya kepadaKu."

3) Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah sebagaimana miskinnya seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepada-Ku."

4) Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, "Penyakitmu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dari menyebutkan akan nama-Ku."

Sekian.

Wednesday, October 29, 2008

Mengenali Blogger Lebih Dekat

(Biro IT)

Dua hari lepas saya isteri dan anak-anak sempat mengunjungi seorang blogger terkenal negeri Terengganu iaitu Amdang81 atas jemputan untuk rumah terbuka Aidilfitri. Kami dijemput melalui perkenalan maya antara blogger melalui blog isteri saya yang dah semakin famous sekarang. (ehm...ehm...)

Apa yang menariknya mereka yang berblog ini ialah mereka manusia biasa yang berjiwa 'luar biasa'. Tidak ada kepentingan yang dicari dalam menyampaikan berita benar, pendapat dari hati kecil seorang rakyat merdeka, komen membina, perkongsian ilmu yang bermanfaat dan lain-lain selain dari inginkan kebenaran dan keadilan ditegakkan. Itulah kepuasan seorang blogger. Sebab itu mereka selalu berada di balik 'tabir' blog sendiri. Mereka tidak mahu dikenali. Bukan takut... sekadar tidak mahu dikenali.

Amdang81 seorang manusia yang sangat biasa. Seorang pemuda yang baru berkahwin dan menimang cahaya mata belum sampai 6 bulan. Rumahnya pun kecil di celah-celah rumah orang lain. Nak masuk ke rumahnya kena lalu celah-celah rumah jiran yang muat satu kereta bersaiz kecil. Kalau celah rumah tu diletakkan pasu bunga pun, motorsikal susah nak lalu, apatah lagi kereta. Namun, jiwanya merdeka dan mampu memerdekakan jiwa orang lain juga. Suara hatinya didengar melalui tulisannya ke seluruh dunia. 'Suratkhabar'nya dibaca sehingga ke pesuruhjaya Polis Bukit Aman. Ertinya, manusia sekerdil Amdang81 ini sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar sehingga kata hatinya didengari pemimpin tertinggi negara. Biarlah rumah kecil asalkan berjiwa besar. Rumah hanyalah tempat tidur dan berehat yang sebentar sebelum kembali meneruskan perjuangan. Benarlah moto dalam blognya "Tiada Rehat Dalam Perjuangan".

Kalau saya tidak mengetahui yang beliau mempunyai blog yang hebat, secara fizikalnya saya hanya melihat sesusuk tubuh yang biasa, pemuda yang agak pemalu, mudah tersenyum, lemah lembut yang sama saja seperti orang lain. Memang benarlah kata-kata seni yang menyatakan bahawa "pandangan mata itu keliru"... Itulah kelebihan seorang blogger seperti Amdang81. Sungguh bertuah dapat berkenalan dengan seorang pejuang yang ikhlas. Berani membongkar kemungkaran, sanggup menghadapi badai cabaran dan duri kesusahan tanpa mengharapkan walau satu sen habuan wang ringgit dan kekayaan. Sebagai pejuang Islam, perjuangannya tidak akan sia-sia kerana ganjaran yang amat besar sedang menanti di negeri yang kekal abadi iaitu Akhirat...

Bendahari Papisma Terengganu Semakin Sembuh

(Wartawan Bebas)

K. Trg, 28 Okt - Bendahari Papisma Terengganu telah beransur pulih dan kini sedang berehat dengan MC selama 2 minggu. Ketika dihubungi hari ini beliau mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua sahabat/iat yang telah memberikan pertolongan, perhatian dan doa.

Mudah-mudahan beliau akan pulih sepenuhnya dan dapat kembali bertugas seperti sediakala.

Tuesday, October 28, 2008

Hari-Hari Di Wad Ortopedik

(Sahabat Papisma)

Jika belajar bidang perubatan lebih dari sekadar payah.

Menjadi pengamal perubatan yang ikhlas dan dan sabar perlu dibayar dengan harga sebuah mujahadah.

Terakhir Di Ortopedik

Bulan ini merupakan bulan terakhir saya di Jabatan Ortopedik. Bila di kenang-kenangkan, pengalaman selama 4 bulan berhadapan dengan pelumba haram tidak bertauliah (baca:mat rempit) hinggalah merawat seorang kanak-kanak yang hancur beberapa puntung jarinya beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri baru-baru ini, merupakan satu pengalaman yang sukar untuk di lupakan. Benar, tanpa kesabaran (atau memaksa diri untuk sabar sebagaimana yang selalu saya amalkan), posting ini seumpama satu tempoh membuang masa sia-sia, merawat orang yang tidak pernah reti menilai nikmat anggota tubuh badan yang dikurniakan Tuhan kepada mereka. Bak kata kawan-kawan saya:

“Kita yang lebih sayang mereka lebih dari diri mereka sendiri”,

Sehingga seakan sudah menjadi rutin dikalangan kami untuk berceramah dan berleter kepada mat-mat rempit sebelum memberi rawatan kepada mereka.

Nilai Manusia

Itu dari satu sudut. Di Jabatan Ortopedik ini jugalah saya belajar untuk menerima dan merawat pesakit walau bagaimana sekalipun latar belakang mereka. Ya, mereka golongan yang tidak tahu erti nilai suatu nyawa. Mereka juga mungkin seorang yang ingin berseronok tanpa memikirkan kesan tindakan mereka kepada diri dan keluarga. Tetapi mereka tetap satu amanah yang di hantar oleh Allah. Ini satu tanggungjawab. Bukan beban apatah lagi merasakan mereka tiada harga untuk di berikan rawatan sebagaimana pesakit yang lain.

Pesanan Syeikh Yusuf Al Hasani

Semuanya mengingatkan saya akan pesan Syeikh Yusuf ketika mengadakan pertemuan bersama kami; Pelajar perubatan di Mesir suatu masa dahulu. Katanya:

Sebagaimana seorang Ulama’ itu menunjukkan jalan untuk beribadah kepada Allah melalui curahan ilmunya,begitulah kemuliaan tugas seorang pengamal perubatan,yang juga menunjukkan jalan kepada ubudiah dengan merawat seorang pesakit sehingga mampu kembali beribadah. Masing-masing punya peranan menyebarkan rahmat Allah kepada sekalian hambaNya mengikut kemampuan dan kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

Allah berfirman dalam surah Isra‘:

“Katakanlah, setiap mereka beramallah mengikut kemampuan yang ada, maka Tuhanmu lah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”.

Jika ianya benar-benar dapat di fahami oleh pengamal perubatan, nescaya pekerjaan mereka akan di nilai sebagai ibadah, berbanding dengan seorang yang hanya memberi rawatan untuk mendapat keuntungan di atas musibah yang menimpa seorang hamba Allah.

Ruang Mujahadah

Yang pasti, praktiknya tidak semudah teorinya. Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal, ramai yang TAHU, tetapi sedikit yang MAHU apatah lagi MAMPU untuk mengamalkan. Di sinilah ruang mujahadah. Tanpa mujahadah dan kesungguhan, pasti kita akan memilih untuk meminggirkan dan memandang hina kepada mereka, tanpa memberi ruang kepada mereka untuk berubah,sedangkan kitalah wasilah perantara kasih sayang Allah Taala kepada hambanya.

Jadilah seperti Rasulullah seperti yang digambarkan Allah Taala sebagai “‘Azizun ‘alihi ma ‘anidtum”, seorang yang turut merasakan kepahitan umatnya yang di timpa kesusahan dan “Rahmatan lil ‘alamin”, pengutusan Baginda s.a.w menjadi rahmat kepada sekalian alam.

Mujahadahlah wahai diri!


Monday, October 27, 2008

Bendahari Papisma Terengganu Kemalangan

(Wartawan Bebas)

K. Trg, 26 Okt - Bendahari Papisma Terengganu, Siti Nurain bt. Samwil, Pegawai Pemakanan Hospital Sultanah Nur Zahirah telah mendapat kemalangan pagi ini dalam perjalanannya ke tempat kerja dari rumah saudaranya di Besut. Kemalangan itu berlaku dekat Merang, Setiu setelah terlanggar sebuah motorsikal yang tumbang di tengah jalan kerana terlanggar babi hutan yang melintas. Akibatnya, beliau yang memandu sendirian itu tidak dapat mengawal keretanya dan terbabas lantas terlanggar pokok. Beliau yang tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Batu Rakit dan seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan menggunakan ambulan.

Alhamdulillah, beliau yang mengalami cerebral concusion dan bengkak di mata kirinya serta sedikit luka itu telah sedarkan diri ketika ditemui pada pukul 6 petang di wad 2CD. Pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh pihak hospital. Keluarganya di Negeri Sembilan yang mendapat tahu berita ini sedang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk melawat beliau.

Pihak Papisma Terengganu merakamkan takziah di atas apa yang berlaku. Serentak dengan itu, Potfolio Kebajikan telah melancarkan derma kilat untuk beliau. Bagi ahli yang ingin membuat kebajikan dengan melakukan derma ini bolehlah memberikannya kepada Setiausaha Papisma Terengganu, Dr. Shafinaz bt. Salehen.

Wednesday, October 22, 2008

TOK GURU SEMAKIN SIHAT : MARILAH DOAKANNYA

(Wartawan Khas)
KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin sihat dan dijangka dapat menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan Bajet 2009 Kelantan, jika dibenar keluar dari hospital dalam tempoh terdekat.

Nik Abdul Aziz yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, berkata setelah mendapat rawatan di hospital itu sejak Sabtu lepas, keadaan kesihatannya bertambah baik.

"Saya tidak dapat hadir perasmian sidang DUN sebab masalah kecederaan tempurung lutut sebelah kiri, ia kesan daripada terjatuh kuda dahulu.

"Masalah ini timbul selepas pulang daripada Majlis Mesyuarat Raja-Raja di Kuala Terengganu Khamis lepas. Tapi, kini ia bertambah baik dan saya harap dapat hadir sidang DUN," katanya ketika ditemui pemberita di HUSM di sini hari ini.

Nik Aziz berkata bagaimanapun beliau perlu menjalani fisioterapi.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz, 77, menerima kunjungan rombongan wakil rakyat Barisan Nasional Kelantan diketuai Ketua Pembangkang yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Turut serta Adun Pengkalan Kubor Datuk Noorzahidi Omar dan Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah.

Sidang DUN Kelantan yang bermula Isnin lepas akan berakhir 29 Okt. BERNAMA

Saturday, October 18, 2008

Jamuan Aidil Fitri PAPISMA Terengganu




Di sini kisah coretan bermula,
Walau penat letih tak terkira,
Zaujah presiden (bertudung merah) tak lokek membuka bicara,
Melayan tetamu yang kunjung tiba...



Soto ayam juadah utama,
Menjadi santapan di jamuan raya,
Sedap rasanya tak terkira,
Memang berbaloi mari beraya!



Tengok tu, asyiknya dia!
Menyantap juadah, tak jeling kelain dah dia,
He,he,he..adik bertiga jangan le murka,
Saja je seronok tengok adik berselera....



Ni dia orangnya yang pantang diajak,
Bab makan tak pernah tolak,
Dari muda sampai umur terlajak,
Selera 'Ustaz' Arif memang bergejolak....(he,he..)



Soto ayam belum selesai lagi,
Tapai manis dah menunggu,
Bior betul ngko ni Dr Razin oii,
Silap-silap kencing manis karang, ternganga melungu...!



Oooo..Dr Wan Zulkhalidpun ada,
Datang jauh dari Kemaman,
Banyak-banyak kuih yang ada,
Keropok juga le jadi pilihan....



Alamak, dah singsing lengan weh,
Nak bersilat ke, nak bersantap ni?
Sabar je le Dr Rohaizi weh,
Beriya benor nak menjamu selera ni...



Tu dia cedokan dah bermula,
Lega rasanya tak jadi bersilat,
Sila, sila...jangan tak mula,
Yang dua belakang tu pula ke nak bersilat?



Doktor muslimat tak siap-siap lagi?
Hmm nampak gaya memang berhati-hati
Mungkin agaknya kunyah tak renti-renti
Agar yang disantapi hadam sepenuh hati!



Pinggan tersusun, hidangan langsai,
Perut dah nyondol, badanpun santai...



Perut dah kenyang, hatipun senang,
Presiden, Pengerusi..apa lagi?
Masa yang ada, bincang...jangan tak bincang,
Bukan senang nak berjumpa lagi...!



Makan, makan juga...
Misi dan visi jangan dilupa,
Papisma Terengganu  bersiap siaga,
Khidmat yang perlu tak pernah dilupa...



Puteri tiga tak pernah ketinggalan,
Bakal pewaris perjuangan Papisma,
Anak-anak pencetus kemeriahan,
Penyambung zuriat generasi Papisma...



Adik-adik USM meriahkan suasana,
Kebetulan di kuala, terus ke hulu,
Ikatan ukhuwwah pengikat kasih mesra,
Moga bertaut hati yang satu...



Ruangan lapang mendamaikan hati,
Rasa berat nak bawa diri,
Hai...bilalah Presiden nak jemput lagi,
Memang kitapun nak datang lagi, lagi dan lagi...!



Muslimatpun bukan main bersantai diri,
Sekali-sekali mendapat pelawa,
Tak mudah muslimat nak bawak diri,
Kalau tak diajak dan tak dipelawa...!



Berakhirnya jamuan, berakhirlah layan diri,
Sebelum balik, mari le berposing,
Nak masuk blog punya hal lah ni,
Sanggup semua tunggu nak berposing!



Satu lagi pose dari kami,
Untuk tatapan warga Papisma,
Inilah dia ahli kami,
Papisma Terengganu yang penuh karisma!

h

Akhir bicara penutup sukma,
Inilah dia adik-adik kami,
Bakal pewaris perjuangan Papisma,
Tanpa mereka siapalah kami?

__________________________________________________


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com